



Do you know what I value?
Bagaimana besarnya Tuhan bila dia menemukan tubuh dengan kelahiran baru setiap pagi. Bila aku terbangun lebih awal dari penggera dan lebih awal dari Matahari. Pabila cahaya beransur masuk dan menerbangkan segala perkara pahit ataupun manis yang datangnya dari semalam, membasahkan semuanya yang ada walaupun hujan tak turun pada hari sebelumnya, aku memikirkan kemungkinan-kemungkinan bahagia yang terjadi pada yang lain. Mungkin ada yang baru selamat melahirkan bayi yang sudah lama mereka tunggu, mungkin ada yang berpusu ke tempat kerja untuk menyelamatkan pesakit dari mati dan mungkin ada yang memesan roti canai dan kemudian mendapat berita yang dia mendapat pekerjaan baru.
Pabila aku cuba menyusun fikiran untuk meredah sepanjang hari, cuba menjadi seringan yang boleh dan memikirkan yang aku bukanlah siapa-siapa dan kerana itu, aku perlu menjadi lebih baik dari semalam. Bekerja dengan lebih rajin, menulis dengan lebih kerap dan menyayangi tubuh sendiri dahulu sebelum yang lain. Tak perlu berfikir tentang pendapat yang lain, cukup kalau aku sendiri yang tahu mana yang terbaik untuk meneruskan hari seterusnya.
Aku masih sayangkan perkara-perkara yang sama dan detik-detik nyaman yang membuatkan aku ketawa, tiada apa yang berubah tapi aku yang sekarang, bukan aku yang dulu dari segi kekeliruan dan kebodohan. Dari luar cermin kereta sebelum ke tempat kerja, entah mengapa kali ini aku lebih memahami mengapa sesetengah orang benci pada dunia, dan mengapa separuh yang lain terlampau mengagungkan perkara-perkara mewah. Jalan selalu berputar pada perkara yang sama dan sebahagian lain dalam kota memeluk tubuh dengan selimut.
Di dapur ada yang membuat kopi dan ada yang bergaduh dari pagi walaupun dalam suasana sejuk. Setiap perkara terletaknya pada tempat yang tak salah dan beku semalaman jika masing-masing kekal dengan pendapat kosong dan ego. Aku memikirkan tentang orang-orang yang aku sayang dan berharap semuanya berjalan lancar untuk mereka, sebagaimana mereka berharap perkara yang sama untuk aku.
The most beautiful thing happens lately;
I don’t hate anybody, I don’t envy anything and I know that I am not in any pain made on purpose; from being misunderstood to feeling like I am being taken for granted. Aku juga mudah melepaskan perkara yang tidak memerlukan aku. Dan kerana itu, setiap pagi, setiap kali aku terbangun lebih awal dari penggera dan lebih awal dari Matahari, tubuh lahir berkali-kali dan aku tak pernah memikirkan perkara-perkara buruk lagi.
They said you know you are dangerous when you know how to control your feelings, but the truth is finally here.
‘You always have control over your thoughts, thoughts do not have control over you.’
Semoga hari esok lebih baik dari hari ini dan kamu, terus bahagia dan bahagia.
-2019