BOOKS

Burning Constellation, 2015

Bilingual Prose and Poetry

“I despise my selfishness when it constellates against the gracefulness of the world.”

Collection of bilingual prose and poetries by Ashikin M.

 

 

S-Series chapbooks, 2016

Short Stories

Kumpulan cerita tentang manusia, perhubungan dalam ruang urban, konflik antara peribadi, memori, waktu, kesedihan, perjalanan dan pengembaraan.

Mencari W-arna Malaikat, 2016

Short Stories

Kumpulan cerita falsafah, manusia dan kedewasaan.

Si Romantik yang Sudah Mati, 2017

Short Stories

Kita bertemu dengan seorang wanita, dia pencerita dan dia tidak memberitahu kita namanya. Dia membawa kita ke seluruh dunia, mengenalkan kita kepada watak-watak yang dia temui sepanjang kembaranya, ceritanya melankolik, tapi tidak pernah sentimental. Sebuah novel dalam bentuk fragmen tentang seorang wanita yang cuba mencari tempatnya di dunia ini.

Amal Insani, 2017

Anthology

Sudah berkali-kali cuba aku noktahkan perasaan dengan dinding yang aku bina dengan macam-macam alasan. Dinding pertama yang berkonkrit ketebalan kertas kerja dan kesibukan yang aku gunungkan setiap hari; merapuh begitu saja saat tangan kecil dia cuba mengisi celah jari-jariku.  Dia seperti  keindahan yang terlahir dalam dunia aku kerana kecuaian alam menjaga putarannya; lantas menggugurkan sebuah keajaiban.

Aku tak pernah membayangkan ada manusia seperti dia yang mampu mengubah hidup aku seperti itu.

 

Mimpi Mimpi Nomad, 2018

Short Stories

“A rolling stone gathers no moss; a proverb for people who are always moving, with no roots in one place or another; people who avoid attachments.

—-Is that what you mean?

Because if it is, I don’t think I have been one. I always remember my roots and I am always responsible for something I believe in.” Dia memandangku, sekali lagi tersenyum; lebih lebar kali ini dan satu-satunya perkara yang menyelesakan ruang yang terasa asing padaku.

Dia memandang koyakan seluar di lututku sekali lagi dan mengangguk ketawa sebelum membetulkan kemeja birunya yang berkeromot. Sekali lagi pandangannya seolah olah cuba membaca perwatakanku dan aku biarkan dia dalam pemikirannya, sebelum aku membalas:

“Good. Because I am one.

I’m a rolling stone.

If we are similar; it would a bit hard for me but since we are in an entirely different world–it’s a done deal. I will write about you in 30 chapters and a chapter will cost you around 100 bucks.

No negotiation and once we are done, we stop seeing each other.”

Pabila Pesawat Bertemu Bulan, 2018

Novel

Kita bertemu dengan Arya, seorang penulis berbakat yang menjadi terkenal di serata dunia selepas memenangi anugerah sastera di Perancis dan Aman, seorang pemuzik yang menjadi lagenda selepas terlibat dalam kemalangan yang hampir meragut nyawanya.

Arya mempunyai masalah kemurungan dan keinginan membunuh diri selepas gagal menangani masalah hidup dalam kemahsyuran. Aman sudah lali ditinggalkan sebatang kara dan menjadikan muzik sebagai penongkah untuk terus hidup dan pada satu hari yang tidak disangka, mereka berdua dipertemukan takdir di Paris.

Sebuah novel tentang insan-insan seni yang mengilhamkan satu sama lain dalam karya agung.

SUNSET1989, 2019

Short Stories

Kesakitan adalah perihal kemahuan yang diletakkan dalam ruang yang salah. Kadang-kadang dalam detik yang pantas, parkara yang dipaksa-paksa kejadiannya dan perasaan yang bertemu dalam keadaan berlainan sifatnya.

Dan kerap kali kau lupa, persoalannya bukan bagaimana bentuknya apabila ia hadir, tapi bagaimana setiap satunya diharungi jika bersabar menjadi penyelesaian. Persoalan seterusnya lebih rumit. Kau terlalu berharap sesuatu yang tak pasti dan lupa mencintai persekitaran yang sedia diberi kerana terlampau mengejar masa hadapan.

Jadi kali ini, aku mahu kau duduk diam di satu sudut dan lupakan setiap kejadian, detik dan ruang.

Mula berfikir soalan-soalan ini.

Untuk Perempuan Yang Bernama____, 2019

Anthology

Sebuah buku berkonsep hadiah yang ditujukan khas buat menemani hidup seorang seorang perempuan.

Himpunan puisi, cerpen dan catatan yang menukil kekuatan dan kerentanan kaum Hawa, cetusan sanubari 22 penulis wanita dekad 2009 – 2019.

The Color of Regret, 2021

Novel: Malaysia-Indonesia Collaboration

i. Karen (Ditulis oleh Henny Simamora)

“Luka masa lalu membuatkan hatinya beku. Baginya, cinta dan benci itu kelabu. Dendamlah yang selama ini membantu dirinya bertahan. Namun, adakah ia benar perasaan marah dapat menyelesaikan segala-galanya?”

ii. Kejora (Ditulis oleh Ashikin M)

“Masa lampau sungguh manis baginya dan juga menjeratnya. Batas antara kenangan dan realiti begitu tipis sampai ia bertanya-tanya bagaimana cara melaluinya tanpa penyesalan?”

iii. Magnolia (Ditulis oleh Yoanna Dianika)

“Kehilangan pegangan hidup tetak menyakitinya. Adakah ia benar masih ada kebaikan di dunia ini? Kenapa harapan selalu tidak seiring dengan realiti?”

The Color of Regret mengisahkan tiga orang wanita dengan luka masa lampau berbeza dan rahsia-rahsia yang berterbangan bersama kupu-kupu merah darah kedai barang kemas Eden Bijou.