CAPSULE 6: CATATAN PERIBADI KEDUA #KEJORA2021

Ditemani Alunan Abyss oleh Jung Jae Hyun

(AM, 2021)

Pada asalnya, aku menulis cerita ini sambil berfikir mengenai beberapa tokoh penting dalam hidupku. Aku berumur tiga puluh satu tahun ini dan pelbagai pengalaman telah ditempuh. Kebanyakan yang mengenali ku memberitahu ku yang pengalamanku melebihi tahap umurku dan aku selalu berfikir apakah itu perkara baik atau buruk tentangku. Dalam cerita ini, aku memikirkan untuk menulis tentang arwah kakakku, arwah atukku atau semua yang telah meninggalkanku. Semalam salah seorang makcik ku kembali kepada Pencipta. Tahun lepas, atukku berlalu berjumpa Pencipta dan sebelum itu, pakcikku juga pergi meninggalkan dunia. Semuanya adalah keluarga sebelah ibu dan semalam aku tak mampu tidur memikirkan perasaannya.

Why is it that a story about someone is only interesting to read when they die?

Mungkin kerana pengaruh emosi padaku membuatku sebuah cerita lebih berkesan. Emosi membawa sebuah kuasa yang berkembang bersama gerakan. Melalui cerita, gerakan akan memanggil beberapa orang yang lain dan jika itulah kesan sebuah cerita, kali ini aku mahu menulis tentang seseorang yang masih hidup. Supaya garisan wajahnya masih dapat dilihat, suaranya masih dapat didengar dan kerinduan aku akan terubat.

Secara jujurnya, beberapa kali aku menangis merinduinya. Setiap kali aku tak dapat meluangkan masa bersamanya kerana tuntutan kerja yang menggila, atau kerana semuanya tak dibenarkan merentas daerah, aku mahu membuat panggilan kepadanya. Tetapi dia orangnya selalu bercerita panjang dan aku tak suka mengucapkan selamat tinggal melalui telefon setiap kali aku perlu mengakhiri perbualan dengannya untuk menghadiri mesyuarat.

I am repeating their cycle.

Jadi cerita ini aku mahu dedikasikan untuk seorang wanita yang sangat aku sayangi. Wajahnya cantik walau tanpa secalit solekan. Matanya berwarna perang terang, redup dikatup alis tebal dan bulu mata melentik. Dia mempunyai senyuman manis dan tawa yang sentiasa memberikan. Kecantikannya diwarisi hasil kacukan keluarganya yang kebanyakannya berasal dari Tanah Arab. Dari gambarnya dahulu, dia seorang wanita yang pandai bergaya, dalam pakaian dan potongan rambut apa pun. Kalau mahu dibandingkan denganku, dia wanita yang jauh lebih indah.

Dia adalah seorang wanita kuat yang melahirkan lapan anak. Dia berhenti kerja selepas melahirkan anak yang ketiga atau keempat dan kemudian lahir aku. Juga kerana arwah kakakku, anak sulungnya mempunyai masalah kesihatan. Setiap minggu dia perlu ke hospital untuk menukar tiub dan membuat pemeriksaan kesihatan yang lain.  Jadi sedari awal, ibu bapaku perlu menanggung kos perubatan yang tinggi.

On my sister’s deathbed, it broke my heart in million pieces, kerana itu adalah permulaan perwatakan ku bencikan hospital dan kematian. Since her death, I would not shed any tears during any funeral sehingga lah atukku pergi meninggalkan tahun lepas. I don’t really mind worldly losses, but I mind losing them, it will forever ache my existenceIt was a very hard goodbye; I tried to fend off the moment of departure by clinging to the memories with them for years. Bertitik tolak dari situ, I don’t think I suffered much emotions. I have turned emotionless again.

Bapaku seorang yang terlalu sibuk kerana perlu mengurus beratus orang yang mengharap padanya untuk punca rezeki. Pengorbanan kedua-duanya bukanlah satu pengorbanan kecil. Setiap kali orang lain bercakap mengenai wang dan bagaimana ia menyelesaikan segala-galanya, aku cenderung untuk menafikannya. Di sekolah menengah, aku dihantar ke sekolah berasrama penuh.  Ketika yang lain dilawat ibu-bapanya, ketika hari sukan setiap aku memenangi tempat pertama dalam acara olahraga dan naik ke atas podium untuk kemenanganku, aku adalah antara murid yang tak pernah mempunyai kesempatan melihat wajah ibu bapaku dalam khalayak ramai. Untuk pulang ke rumah juga, aku bersama murid-murid lain seperti ku mengangkat bagasi dan naik tren untuk pulang ke rumah yang kemudiannya disambut ibu-bapaku pada pukul 2 malam. Sepanjang hidupku, menjadi seseorang yang berdikari bukanlah perkara asing yang sekarang dibalas Tuhan kepadaku dalam bentuk-bentuk lain yang membahagiakan.

Money. Let no one say it has a place in a love story.

Dalam perkara ini, aku sentiasa memikirkan kekuatannya berbanding diriku yang takut membawa anak ke dunia kerana keadaan dunia sekarang. Aku takut mengulang siaran pengalamanku membesar kerana jadual kerja-kerjaku amat sibuk. Aku tidak lagi mampu memikirkan diri sendiri kerana perlu menanggung punca pendapatan yang lain.

They said, you are at your most loneliest place when you’re on top. It’s true.

As you grow older, you realize that cliches are mostly true and whatever that your parents said, the good ones are the truth.

Kerinduan aku kali ini pada ibuku terutamanya kerana memikirkan pengalamannya menjagaku, anak yang paling degil dalam dunia. Aku sentiasa mahu melakukan perkara mengikut dunia dalam kepalaku. Aku tidak senang bersetuju dengan apa pun kerana aku selalu mahukan jawapan sebelum sampai pada kenyataan dan aku senang lari dari pergaduhan dan itu juga membawa lagi kepada ketakutan melahirkan manusia kecil ke dunia.

Well yes, once upon a time, there is life. Semuanya seperti biasa. Dari satu hari ke hari seterusnya, kita memikirkan masa depan. Sama ada ia berbau dekat atau jauh dari gapaian, kita masih memikirkan baju apa perlu dipakai sebelum berjumpa kekasih, atau haruman apa yang perlu kita calitkan di leher sebelum ke tempat kerja. Langit dapat dibentuk, dibentuk dan diatur ulang, walau beberapa ketika hujan turun terus-menerus bagaikan mahu semua bangunan runtuh, kita masih mampu mencium lautan dan menyalit rasa masinnya. Tiada ketenangan dan kemanisan yang terbanding. Hanya ketenangan dan kesunyian-ia secdara khusus mengajar kita menjadi lebih manusiawi, lebih dekat dengan Tuhan dan manusia lain. Kita belajar memahami dunia yang kita ucapkan. Dunia lebih tahu apa yang kita perlukan daripada apa yang kita lakukan.

Tetapi sekarang dunia bukan begitu lagi. Kita semua sedia tahu semuanya tidak tahu bagaimana menghadapi kematian. Keadaan di serata dunia membuatkan kita memikirkan kemungkinan-kemungkinan yang tidak mampu meneruskan kehidupan. Saat antara kehidupan dan kematian tak memberi ruang untuk befikir, tak memberi kesempatan pada fikiran untuk mencari kata yang mungkin tepat untuk menerangkannya. Kita mula sedar yang sebenar-benarnya, kita tak mempunyai apa-apa kecuali kematian. Kematian takkan dapat kita selesaikan. Hidup berhenti dan boleh berhenti pada bila-bila masa. Kita hanya mampu menangkap kehilangan sebahagian diri yang berperasaan luas, yang banyak merasakan momen-momen kecil. Rungutan hidup terlalu menuntut dan bergerak begitu cepat, sehingga kita lupa perbincangan berterusan dengan Tuhan.

Sesuatu yang baru kubaca dari Tafsir Al-Quran berbau seperti ini; milik manusia seperti kita hanyalah pemikiran, perasaan dan buah fikiran. Rahsia dan misteri dunia adalah milik Tuhan. Rahsia pengakhiran dan permulaan, tubuh-tubuh kita dan semuanya selain tiga perkara itu juga bukan milik kita. Kita juga perlu berusaha merasa manisnya sesebuah pengorbanan pabila kita menerima pelbagai harta kerana pada akhirnya, semuanya adalah pinjaman sebelum kita pergi meninggalkan dunia.

Salah satu harta paling berharga padaku adalah kelahiran jemariku sebagai penulis dan pemikiran-pemikirannya yang diajar kepada ku semenjak kecil kerana pemikiranku sentiasa sarat dengan persoalan demi persoalan; jadi jemari selalu meleraikan apa yang berat dalam kepala. Adakalanya, aku menghadapi obsesi tentang perkataan ‘benar’ dan pemikiranku sentiasa kukuh pada benar dan salah tapi pada akhirnya, aku mengetahui bahawa setiap manusia lahirnya tak perlu mencari kebenaran, kerana kebenaran adalah cerita yang hanya kita tahu penghujungnya saat selepas kematian.

Bertitik tolak daripada saat itu, rasanya kali ini aku mahu hanya mengawal semuanya yang milik aku. Tentunya, semuanya milik aku adalah hasil kemanisan pengorbanan wanita yang sangat aku sayangi dan kerana itu; aku perlu sentiasa ingat yang aku bukanlah siapa-siapa; perlu terus rajin berusaha, berkerja dan mengingati Tuhan. Untuk dia, semoga terus bahagia dan pada akhirnya, semoga aku akan terus menjadi seseorang yang juga turut membahagiakan yang lain.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *