Ditemani Alunan Le Petit Piano 2/8 Oleh Jung Jae-Hyung
(AM, 2021)
I had too many conversation with God lately.
Aku selalu dihantui kegelisahan dan melankoli yang hadir bersama kejayaan dan kekayaan. It’s about favouring humility over success. Everything it seems, is temporary. I don’t know how do I recognize lives in my eyes anymore and I am not even talking about other people’s lives. I am talking about my own.
Tidak ada percikan cahaya dan hanya api; walaupun kadang-kadang aku berfikir bahawa mungkin aku adalah orang terakhir yang masih melakar dengan tangan. Aku terlalu memberi banyak perkara kepada begitu banyak orang sehingga tiada lagi yang tersisa dalam diri.
Talking about melancholia, I have struggled against wearing a ring during my first thirty years as a woman; because I was haunted by the idea that a ring is a warning against successs, freedom and peace of mind. The action of putting a ring corresponds to a particular responsibility, space and nuances but I know in those longest moment; everything seems so temporary about being in love.
Love- operates through various accompanying feelings, stories have a beginning and end- between them runs time.
During my first relationship, the first time I have ever known love, I was loyal, naïve and I gave my all. My jiwa raga, perasaan, usaha but I have also learned about betrayal for the first time, being made over and over again. I refused to believe that I deserved such pain and ever since then, I have never put myself whole to any man.
Juga, untuk aku sebagai seorang wanita, aku harus memberanikan diri untuk berusaha menjadikan diri begitu kuat agar takkan pernah lagi dipijak. Aku telah melalui perjalanan yang panjang menjadi seorang wanita sehingga aku berhenti cemburu atau berperasaan buruk terhadap wanita lain. Aku berhenti terus membandingkan diri dan aku tahu pada saat itu, aku memegang kuasa sebagai wanita.
A person that I used to love has said that I have walls built around me that it’s hard to ever really know me as a person. But from the very beginning of my existence, I have always known that I am not beautiful, soft and kind; like the ocean.
Lautan tidak semestinya indah, tapi ganjil dan pelik. Walaupun aku melalui ombak dan kehangatannya, aku tak akan pernah tahu apakah sebenarnya lautan kerana ia bukan sekadar alunan air, tetapi kemasinannya, karangan di dasar, matahari terbit pada waktu pagi ketika cahaya menyentuh permukaan dan menembus kedalamannya. Ia juga matahari terbenam ketika langit perlahan-lahan menyembunyikan cahaya.
Mungkin pada yang lain, dunianya binary-hitam dan putih. Tetapi dunia yang aku kenal, penuh dengan impian, kerja keras dan keperitan menuju kejayaan, kebebasan dan ketenangan fikiran. Aku ingin menghulurkan bahu ke seberapa banyaknya orang selagi mampu, kerana aku telah melalui keperitan yang teruk dalam hidup tanpa sesiapa pun di sisin.
Mungkin kerana itu, aku rasakan yang dia sama sekali tidak pernah memahami dan mengenaliku. Atau dalam kemelut kehidupan yang sentiasa sibuk, menderitakan dan menyakitkan, aku yang tidak pernah menghulurkan bahu padanya; tidak pernah mengenali kesedihannya, kekosongannya ketika aku sibuk berhempas pulas di dunia luar. Mungkin aku yang bersalah selama-lamanya padanya dan membuat kesilapan berulang kali ketika dia masih mencintaiku dengan sepenuh hati because I do have him, in my many conversation with God lately. Aku berdoa pada Tuhan yang dia akan selalu berada di bawah lindungan-Nya, sentiasa bahagia, tenang dan berjaya dan mungkin kerana itu juga, perlahan aku menyedari yang aku bukanlah yang membawa semua itu ke dunianya.
So long my love; to a person that I have ever loved-janjiku hanya satu. I’ll keep being the ocean and until anyone understands the depth and everything that I am and I understand the pain that I have put you through and not repeat it to anyone else, I’ll see you on the other side of the world.
Pada akhirnya kenangan adalah semua yang kita miliki. Biarkan semuanya susut dan kita pun mungkin, bakal hilang.